ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
16 views
News & Events
BACAAN DOA KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2026
By Salmah Hj Julaihi
Edited by Sidah Jumat
Sat, 21 Nov 2026
BACAAN DOA KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2026
Photo Taken: Noor Jaz | Edited: Sidah Jumat

BACAAN DOA KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2026

Pada hari Sabtu, 21 November 2026, Sekolah Saint George’s telah mengadakan bacaan doa khas sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2026. Pelaksanaan aktiviti ini adalah sebagai sokongan terhadap usaha Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam menyemarakkan sambutan tersebut di peringkat sekolah.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Tahun 2026 membawa tema “My Day, My Rights, My Future” atau “Hari Saya, Hak Saya, Masa Depan Saya”. Tema ini menekankan kepentingan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menyuarakan pandangan, mengekspresikan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam perkara yang berkaitan dengan kehidupan serta kesejahteraan mereka. Aktiviti ini turut bertujuan memupuk kesedaran warga sekolah tentang hak kanak-kanak, kepentingan persekitaran yang selamat dan inklusif, serta tanggungjawab bersama dalam menyokong perkembangan mereka secara menyeluruh.

Majlis dilaksanakan dengan tertib melalui bacaan doa khas sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2026. Sebelum bacaan doa dimulakan, pengetua sekolah, Cikgu Janidi Jingan mengupas tema secara menyeluruh disamping menyelitkan nasihat dan kata-kata motivasi kepada  para pelajar berkaitan dengan tema sambutan. Beliau menekankan kepentingan memahami hak kanak-kanak, menghormati hak orang lain, menyuarakan pandangan secara berhemah serta bertanggungjawab dalam membina masa depan yang lebih baik.

Seterusnya, bacaan doa khas telah dipimpin oleh Ustaz Mohiddin bin Hj. Momin, Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Saint George’s. Doa dipanjatkan agar semua kanak-kanak sentiasa mendapat perlindungan, kesejahteraan, pendidikan yang baik dan peluang untuk berkembang mengikut potensi masing-masing tanpa diskriminasi. Majlis turut disertai dengan bacaan Doa Qunut Nazilah untuk memohon keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan bagi rakyat Palestin.

Secara keseluruhannya, bacaan doa khas ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh penghayatan. Aktiviti tersebut bukan sahaja memeriahkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2026, malah memperkukuh nilai kasih sayang, keprihatinan, hormat-menghormati dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan bagi memastikan setiap kanak-kanak dihargai, dilindungi dan diberikan peluang yang adil untuk membina masa depan yang lebih baik.