' News & Events - St. George's School, Brunei Darussalam
ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 17
News & Events
PROGRAM BELIA BERSELAWAT Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-21, dan Sempena Sambutan Maulud Nabi
By Noratiqah binti Abu Hassan
Edited by Sidah Jumat
Sat, 26 Sep 2026

Bandar Seri Begawan, Khamis, 24 September 2026 bersamaan 12 Rabiulakhir 1448H, seramai 6 orang pelajar daripada Tahun 10B dan 2 orang guru pengiring telah menghadiri majlis Program Belia Berselawat dengan tajuk 'Selawat Penyejuk Jiwa Belia' diadakan bersempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali ke-21 dan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah yang diadakan di Dewan Riadah, Pusat Belia. Program tersebut bermula pada pukul 8 malam. 

Hadir selaku tetamu-tetamu khas ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha. Turut hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Dihadiri juga oleh guru-guru, pelajar-pelajar dan belia-belia Brunei. 

Inisiatif ini bertujuan untuk memantapkan identiti diri belia dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri golongan muda menerusi pembudayaan amalan berselawat. Selain itu, ia berfungsi sebagai platform bagi menyatukan umat Islam, terutamanya para belia, dalam meningkatkan lafaz selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Niat Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah. Seterusnya, diikuti dengan Dikir Marhaban. Bagi menyemarakkan lagi suasana majlis, acara diserikan dengan persembahan tausyeh. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan beberapa selawat khusus, termasuk Selawat Tafrijiyyah (An Naariyah), Selawat Badriyah, Selawat An-Nuur, Selawat Asy-Syifa, dan Selawat Al-Fatih. 

Acara seterusnya menyaksikan pelaksanaan Forum Santai bertemakan 'Selawat Penyejuk Jiwa Belia' yang menampilkan tiga orang ahli panel jemputan. Mereka terdiri daripada penceramah Pusat Da’wah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Haji Isham bin Ismail; Duta Bahasa 2018, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit; serta Kaunselor Bertauliah, Yang Mulia Dayang Nurul Hazirah binti Haji Johari. 

Kelancaran sesi perbincangan forum tersebut telah dikendalikan oleh Yang Dipertua Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Abdul Mujib bin Awang Sh’minan selaku moderator.

Dengan adanya program ini dapat menambahkan lagi kecintaan belia kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wassalam dan menggalakkan lagi belia untuk memperbanyakkan selawat serta menyedarkan belia akan sentiasa berselawat untuk mendapat syafaat Rasullullah di akhirat nanti.