ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 12
News & Events
Majlis Tahli Dan Doa Arwah Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan al-Mubarak.
By Salmah Hj Julaihi
Edited by S. Luxman
Fri, 20 Feb 2026

Majlis Tahli Dan Doa Arwah Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan al-Mubarak.

 

Pada hari Isnin, 16hb. Februari,2026 bersamaan 28 Rejab 1447H,telah berlangsung Majlis Tahlil dan Doa Arwah bertempat di Sekolah Menengah Saint George’s sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Pengetahuan Ugama Islam (IRK) Sekolah Menengah Saint George’s. Majlis ini diadakan sebagai salah satu aktiviti kerohanian sekolah. Program ini bertujuan untuk menyemai nilai kerohanian dan penghayatan agama di kalangan warga sekolah.

Antara objektif majlis ini ialah agar dapat membentuk sahsiah dan akhlak mulia dalam kalangan pelajar di samping mengukuhkan ukhuwah antara guru dan pelajar serta mengimarahkan aktiviti keagamaan sempena menyambut bulan Ramadhan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskn dengan bacaan Surah Yassin, tahlil serta doa arwah yang dipimpin oleh Ustaz Mohiddin bin Hj. Momin (Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Saint George’s). Para guru dan pelajar memberikan kerjasama yang baik serta mengikuti majlis dengan penuh tertib dan khusyuk.

Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan serta memberi impak positif dari segi pembentukan sahsiah dan nilai spiritual pelajar.

Adalah diharapkan  agar majlis seumpama ini diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh ukhuwah serta mengimarahkan syiar Islam.