GADONG,14 Oct – Seramai 35 orang pelajar tahun 9B serta dua orang guru pengawas iaitu Cikgu Norrasidah binti Jumat dan Cikgu Noratiqah binti Abu Hassan telah mengunjungi Pameran Kesihatan Mental Mind To Heart 3.0 Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Program Mind To Heart 3.0 ini diadakan selama 3 hari iaitu 14-16 Oktober yang dianjurkan oleh UNISSA melalui Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T UNISSA dan dengan kerjasama Royal Brunei Airlines(RBA).
Terdapat 18 petak pameran dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang telah mengadakan pameran berbentuk interaktik yang berkaitan dengan Kesihatan Mental.
Sepanjang kunjungan sambil belajar ini pelajar amat teruja mengikuti setiap aktiviti yang diadakan. Setiap pelajar diberikan kad yang memerlukan pelajar melengkapkan 18 cop yang menandakan pelajar telah selesai mengunjungi kesemua pameran yang diadakan.
Antara aktiviti yang diikuti pelajar ialah kuiz berkaitan Hari Kesihatan Mental Sedunia, cara mengekspresikan perasaan pelajar, cara mengawal setiap tekanan yang pelajar alami dan banyak lagi.
Diharap dengan kunjungan ini, pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan dapat mempraktikkan teknik penjagaan kesihatan mental yang telah dikongsikan kepada mereka.