ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 44
News & Events
MAJLIS SAMBUTAN RAMAH MESRA AIDIL FITRI 2025M/1446H
By Rahidah Juhar
Edited by Sidah Jumat
Tue, 6 May 2025
Photo: Nicholas Tju

19hb April, Jam 7.30pagi . Sekolah St George mengadakan Majlis Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri pada sebelah pagi bermula kira-kira jam 8.00pagi. Tahun ini , sekolah mengabungkan pelajar-pelajar dari tadika, rendah dan menengah. Tujuan sambutan ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar suasana sambutan Hari Raya serta mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan guru-guru bersama pelajar-pelajar. 

Aturcara majlis dimulakan dengan takbir raya yang diketuai oleh Cikgu Hasrin. Dan bagi memberkati majlis, Doa dibacakan oleh Ustaz Md Ihsan.  Kemudian diikuti dengan ucapan kata alu-aluan daripada Timbalan Pengetua, Cikgu N.M Mubarak. Bagi memeriahkan lagi majlis, pelajar-pelajar juga tidak ketinggalan membuat persembahan seperti Joget Raya dan nyanyian yang dipersembahan oleh pelajar-pelajar Rendah dan Menengah. 

Kemuncak majlis, sesi penyampaian paket raya yang disampaikan oleh Pengetua , Cikgu Janidi Jingan kepada murid-murid Tadika. Seterusnya, sesi bersalaman antara guru-guru bersama pelajar-pelajar sebagai penutup acara pada pagi tersebut. 

Dalam memeriahkan lagi majlis tersebut, pelajar-pelajar juga membawa juadah masing-masing untuk dikongsikan bersama. Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga pelajar yang memberi sumbangan makanan minuman dan juga idea dalam menjayakan majlis ini.