ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 175
News & Events
Sambutan 'Semarak Hari Kebangsaan Ke-40'
By Sidah Jumat
Edited by Sidah Jumat
Thu, 22 Feb 2024
Photo: Nicholas Tju

Khamis, 22hb Februari 2024 - Sekolah St.George's bahagian menengah, telah mengadakan perkumpulan khas bagi Sambutan 'Semarak Hari Kebangsaan Ke-40' yang diadakan di perkarangan sekolah selepas waktu rehat.

Adapun acara ini diadakan bagi memeriahkan dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-40 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Februari 2024 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Selain itu, objektif sambutan untuk menyemai dan memupuk nilai patriotisme dalam kalangan warga sekolah dan mengukuhkan komitmen untuk mencapai aspirasi Wawasan 2023 selaras dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan ke-40 iaitu 'Bersatu Mencapai Cita Negara'. 

Acara dimulai dengan menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam dan nyanyian lagu kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan" oleh semua warga sekolah dengan penuh bersemangat. 

Acara seterusnya, ucapan daripada Pengetua Sekolah, Awang Janidi bin Jingan. Dalam ucapan beliau menyentuh mengenai sejarah Brunei mencapai kemerdekaan. Beliau juga mengongsikan pengalaman beliau menghadiri perkumpulan raksasa hari kemerdekaan pada 1hb Januari 1984 yang penuh gilang-gemilang yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien. 

Setelah itu, nyanyian lagu patriotik yang berjudul 'Brunei Bumi Bertuah (Titah Merdeka)' yang dinyanyikan beramai-ramai oleh semua guru dan penuntut sekolah. 

Acara diakhiri dengan membaca surah Yassin dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan ke-40. Bagi memohon keberkatan kepada Allah agar Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam keadaan aman dan makmur.