ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 155
News & Events
Hari Bahasa Melayu
By Aqilah Syukri
Edited by Sidah Jumat
Tue, 1 Aug 2023
Photo: Hijazziyah & Sidah Jumat

Selasa, 25 Julai – Jabatan Bahasa Melayu Sekolah St. George julung-julung kalinya telah mengadakan 'Pertandingan Mari Bercerita' bagi pelajar-pelajar menengah bawah dan 'Pertandingan Penyampaian Ceramah' bagi pelajar-pelajar menengah atas. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan bulan bahasa yang disambut pada setiap bulan Julai di Negara Brunei Darussalam.

Acara dimulakan dengan bacaan Surat Al-Fatihah oleh Cikgu Hasrin bin Hj Abd Rahman dan diikuti dengan penyampaian ucapan daripada pengetua sekolah, Janidi Jingan. Dalam ucapan pengetua sekolah tersebut ada mengingatkan pelajar tentang kepentingan mata pelajaran Bahasa Melayu selaras dengan bahasa rasmi di negara ini. Beliau juga menegaskan kepentingan Bahasa Melayu di alam persekolahan mahupun di alam pekerjaan suatu hari nanti. Di samping memberikan galakan kepada pelajar untuk sentiasa lulus dalam pembelajaran dan menanamkan sifat mencintai Bahasa Melayu.

Adapun objektif bagi pertandingan ini adalah untuk melestarikan mata pelajaran Bahasa Melayu bersempena dengan bulan bahasa, di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk bercakap di hadapan khalayak ramai serta dapat mencungkil bakat pelajar-pelajar khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah ini.

Acara diteruskan dengan 'Pertandingan Mari Bercerita' bagi pelajar menengah bawah. Seramai 12 orang pelajar tahun 7 dan 8 mengikuti pertandingan ini. Dalam pertandingan tersebut, pelajar memilih sebuah buku cerita yang diminati dan mempersembahkan serta menceritakan kisah tersebut  di hadapan khalayak ramai. Hakim bagi pertandingan ini ialah Cikgu Norrasidah binti Jumat dan Cikgu Hjh Nur Aqilah bt Hj Md Syukri. Tempat pertama bagi pertandingan ini dimenangi oleh Muhammad Azib Azka bin Mohd Arif @ Azib Azka Khan (Tahun 7A) dengan tajuk ‘Lagenda Buaya Putih’. Tempat kedua dimenangi oleh Ak Muhammad Fakrul Danish bin Pg Md Khairol Hadli @ Eswandy (Tahun 7B) dengan tajuk ‘Takar emas’. Tempat ketiga dimenangi oleh Maleqca Anak Magdelynie (Tahun 8B) dengan tajuk ‘Sang Serigala dengan Pakaian Kambingnya’.

Setelah itu, diikuti dengan Pertandingan Ceramah bagi pelajar menengah atas. Seramai 12 orang pelajar tahun 9,10 dan 11 mengikuti pertandingan ini. Dalam pertandingan tersebut, pelajar menyampaikan ceramah berdasarkan tajuk yang diberikan dengan isi, gaya dan intonasi tersendiri. Hakim bagi pertandingan ini ialah Cikgu Hasrin bin Hj Abd Rahman dan Cikgu Salmah bt Hj Julaihi. Tempat pertama bagi pertandingan ini dimenangi oleh Nur Muhammad Danial Al-Haqq bin Hj Ar’fan (Tahun 11A) dengan tajuk ‘Masalah Buli’. Tempat kedua dimenangi oleh Siti Nurmaziah Khalisah bt Hj Mayadi (Tahun 10B) dengan tajuk ‘Pelajar Cemerlang’. Tempat ketiga dimenangi oleh Darlene Casey Jutic Namoc (Tahun 11B) dengan tajuk ‘Belia harapan bangsa’.

Dengan ini, sekolah berharap agar aktiviti seperti ini akan menarik lebih ramai lagi pelajar berminat ikut serta dalam peraduan-peraduan yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu Sekolah St George.