ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 127
News & Events
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
By Sidah Jumat
Edited by Janidi Jingan
Sat, 27 May 2023
Photo: Lim Jen Erh

Jumaat, - 19 Mei. - Kemeriahan Syawal masih dapat dirasakan. Guru-guru dan kakitangan Sekolah St.George juga tidak melepaskan peluang mengadakan 'Majlis Ramah Mesra Aidilfitri' yang diadakan di Restoran Sameer, Sunway Centre Manggis pada petang Jumaat. 

Majlis ini juga dihasratkan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim, mewujudkan semangat kekeluargaan, mengukuhkan perpaduan dan persahabatan yang sedia terjalin dan memberi kesempatan untuk saling bermaaf-maafan.

Majlis ini dihadiri oleh Cikgu Janidi Jingan selaku Pengetua Sekolah, Cikgu NM Mubarak selaku Timbalan Pengetua, Awang Vincent Mah selaku Ahli Lembaga Tadbir Sekolah, Ketua Guru Bahagian Rendah, guru-guru dan kakitangan sekolah. 

"Saya berasa amat bangga kerana setelah covid-19, sekolah tidak mengadakan apa-apa perayaan. Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan pada setiap perayaan yang kita adakan di sekolah seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya merupakan sebahagian daripada aktiviti sekolah sama ada untuk pelajar-pelajar atau kakitangan sekolah". Jelas Cikgu Janidi Jingan dalam ucapan beliau.  

Tambah beliau lagi, "sebagai sebuah sekolah yang kecil yang mempunyai berbilang bangsa dan ugama adalah bertepatan majlis seperti ini lebih untuk kita mengeratkan persahabatan dan memahami amalan-amalan saudara-saudara yang berlainan agama dan bangsa dan ini adalah peluang yang sesuai untuk bermaaf-maafan," terang beliau.

Bagi memeriahkan acara, Ahli Jawatankuasa Majlis bagi setiap peringkat sekolah telah menyediakan tiga aktiviti iaitu AJK bahagian tadika mengadakan aktiviti 'musical chair' yang dimenangi oleh Cikgu Haziq bagi lelaki dan Cikgu Rebecca Elicay bagi perempuan. 

Manakala, AJK bahagian menengah menyediakan aktiviti mengayakan salendang dan menambat sinjang. Aktiviti menggayakan salendang disediakan untuk guru lelaki dan telah dimenangi oleh Cikgu Mubarak Ibrahim dan Cikgu Haji Amir. Aktiviti bagi perempuan pula ialah menambat sinjang yang dimenangi oleh Cikgu Malai Salmah dan Cikgu Ronie. 

AJK bahagian rendah pula telah menyediakan dua aktiviti. Pertama, aktiviti membaca ayat dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan pantas. Kedua, aktiviti mencari kad yang tersembunyi. Kesemua peserta yang telah ikut serta dalam kedua-dua aktiviti ini telah diberikan hadiah. 

Tidak ketinggalan juga, AJK majlis telah memilih pakaian hari raya tercantik bagi warga sekolah yang bukan beragama Islam. Pakaian tercantik bagi perempuan dimenangi oleh Cikgu Ronie dan bagi lelaki dimenangi oleh Cikgu Lim Jin Erh. 

Sebelum bersurai, warga sekolah mengakhiri majlis dengan bergambar ramai bersama kesemua warga sekolah yang hadir untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.