ig
News & Events Archive
General Information
Office Working Hours

(Monday - Thursday, Saturday)
07:30 a.m. - 04.00 p.m.

Office Working Hours
(During School Holidays)

(Monday - Friday)
08:00 a.m. - 12.00 p.m.

Our Contacts

Tel.: (673) 222 4458
Fax.: (673) 222 6910
E-mail: info@stgeorges.edu.bn

Web Visitor Counter
Page views: 144
News & Events
Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan 1444H/2023M.
By Malai Salmah
Edited by Atiqah Morni
Sat, 1 Apr 2023
Photo: Malai Salmah

Pada 18 Mac 2023, Jabatan IRK dan Jabatan Bahasa Melayu, Bahagian Rendah sekolah ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1444H/2023M. Objektif sambutan ini adalah untuk mendekatkan diri setiap pelajar dengan mengikuti aktiviti yang bersifat keagamaan pada hari kebesaran Islam serta yang bersifat kenegaraan.

Dua buah bilik darjah telah digunakan iaitu D1 dan D2 sepanjang acara itu berlangsung. Acara sambutan bermula pada jam 2.00 petang. Mereka yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga 6 dan guru-guru yang beragama Islam. Pengisian majlis sambutan ini adalah membaca surah Yassin, tahlil, doa arwah dan tazkirah ringkas tentang ibadat puasa yang dibacakan dan disampaikan oleh Ustaz Mohidin bin Haji Momin. Majlis berakhir pada jam 3 petang.